|
MEOZEQ'S WEBCOMIC |
| HI, MARI KITA LIHAT 5 GRAFIK NOVEL MALAYSIA YANG MESTI ANDA BACA, JIKA ANDA BETUL-BETUL PEMINAT SETIA LOCAL SCENE KITA NI. INILAH PILIHAN MEO & ZEQ. JOM TENGOK SIKIT.
1. TAN TIN TUN - REJABHAD
TAN TIN TUN -Setelah dewasa, seorang pemuda Kuala Lumpur,Tan mengetahui dari maknya bahawa ayahnya masih hidup. Jadi, Mak dia telah menyuruh dia untuk mencari ayahnya yang dipercayai ada di Alor Setar. Dalam perjalanan ke utara Malaysia itu, Tan berjumpalah dengan seorang pemuda bernama Tin. Kemudian berdualah mereka ke sana. Di sana mereka telah diambil kerja di sebuah kampung pada seorang pakcik tu. Pakcik itu ada mempunyai seorang anak gadis bernama Tun. Dari situ bermula cinta segi tiga di antara mereka. Apakah kesudahan bagi persahabatan bagi kedua- dua sahabat ini, Tan & Tin ? Dan adakah Tan berjaya bertemu kembali dengan ayahnya yang sudah lama menghilangkan diri? Cite ni merupakan drama yang best. Try tgk satu sedutan bawah ni sket. Gaya filem-filem p.ramlee jg nih.
2. KAMPUNG BOY - DATO' LAT
KAMPUNG BOY - Berkisarkan tentang kehidupan seorang kanak-kanak lelaki di desa pada era -1950-an. Hayati bagaimana keluarganya mendidiknya supaya menjadi orang yang berpelajaran. Inilah antara salah satu brand name paling popular di Malaysia. Semua orang tahu tentang kehadiran grafik novel ni. Melayu, cina, india, iban, kadazan dan lain-lain. Telah ulang cetak berkali-kali. Tambahan pula, Kampung Boy ini (bersama sekuelnya, Town Boy) telah menembusi pasaran antarabangsa, terutamanya di Amerika Syarikat. Saksikan gaya lukisan universal yang menambat ati pelbagai peringkat umur dan kaum:-
3. AKU BUDAK MINANG - UJANG
AKU BUDAK MINANG - Berlatar belakangkan sebuah kampung di Kuala Pilah, cite ini memaparkan banyak tentang pergolakan konflik keluarga. Penuh emosi sehingga membuat hati kita tersentuh membaca. Inilah antara karya terbaik Ujang (tidak lupa jg sekuelnya, ACA). Antara sedutan yang menyentuh perasaan;
4. KARTINI - TEMBAKAU
KARTINI - Satu karya agung tentang cinta monyet di sekolah. Ia berkisar tentang bagai mana mainan perasaan Ariyon yang suka sangat kat Kartini. Adakah kisah mereka setakat di sekolah sahaja? Check it out! Seriuslah, bagi yang pernah kena demam syok sendiri dan cinta-cintun kat sekolah dulu, jika baca ni, mesti terangkat. Sampai baca banyak-banyak kali. Antara sedutan yang menyentuh hati...
5. UNDER 18 - ZINT
Mungkin ramai yang anggap cite ni terpengaruh dari genre komik luar. Tapi jika diperhatikan betul-betul, gaya penceritaan agak berlainan dan lebih kool. Ditambah pula dengan scenery SMK Anderson Ipoh dan Bandaraya Ipoh.
YEAH, MAJULAH KOMIK MALAYSIA!
ANDA TIDAK DIBENARKAN UNTUK MENIRU ATAU MENGGUNAKAN MANA-MANA KARYA DALAM WEBSITE INI UNTUK APA-APA TUJUAN TANPA KEBENARAN PEMILIK KARYA TERSEBUT. INI HAK CIPTA PERIBADI. YOU ARE NOT ALLOWED TO COPY OR USE ANY ARTWORK FOR ANY REASONS WITHOUT PERMISSION BY THE ARTWORK's OWNER. THESE ARE PRIVATE COPYRIGHT. MEOZEQ's WEBCOMIC 2008
|
UNDI KAMI!!